Apa itu tauhid?
Sebelum memahami makna tauhid mari kita belajar sedikit sabanyak bahasa Arab agar kita boleh memahami secara mendalam asal usul perkataan terssebut. Penulis secara adalah seorang yang amat menekankan makna sesuatu perkataan itu secara mendalam supaya kita boleh memahami sesuatu perkataan dengan betul.
Masdar مصدر secara ringkas adalah ilmu tentang pengolahan kata untuk menerbitkan bentuk kata nama dari kata kerja atau dalam bahasa Inggeris dipanggil gerund. Sebagai contoh kata dasar 'minum', apabila ditambah '-an' selepasnya akan menjadi kata nama 'minuman'.
Wazan (timbangan/template) adalah jenis-jenis bentuk perkatan yang wujud dalam bahasa Arab untuk mengenal pasti apakah makna yang diolah daripada perkataan dasarnya. Sebagai contoh 'pe-' akan sentiasa membawa makna orang yang melakukan perkara tersebut 'peminum'.
Kata dasar bagi توحيد (tauheed) adalah وحّد (wahhada). Wahhada adalah dalam kategori wazan fa'ala yang timbangannya dalam bahasa melayu boleh disamakan dengan memperbuat; contoh kata kerja minum, apibila di letakkan dalam kategori wazan ini boleh diterjemah; akan menjadikan sesuatu itu minum, memperminum atau kata lain yang lebih mudah terhidrasi. Agak sukar difahami kerana tiada konsep yang betul-betul sama seperti dalam bahasa Melayu. Tetapi kita cuba insyaAllah. Manakala wahhada bermakna; 1. menjadikan sesuatu itu satu, 2. esa, 3. atau mempersatu. Tauhid pula boleh diterjemahkan sebagai perbuatan menjadikan sesautu itu satu atau mempersatukan, atau keesaan. Orang Melayu bertuah kerana ada perkataan khusus untuk menterjemahkan tauhid iaitu keesaan.
Secara istilah tauhid adalah segala ilmu berkenaan keesaan Allah s.w.t. yang mana menghuraikan apakah erti sebenar kalimah syahadah. Menyerlahkan keagungan Allah s.w.t.. Dan menjawab persoalan keesaan Allah dalam setiap aspek. Sebagai contoh keesaan Ilmu Allah; Ilmu Allah tiada bandingannya, Maha mengetahui segalanya yang zahir mahupun yang terbenak didalam fikiran dan sanubari manusia.
Buah daripada mengetahu tauhid Allah dari segi ilmunya seharusnya menjadikan kita orang mukmin senantiasa membersihkan niat untuk ikhlas beribadah kerana Allah semata-mata dan menjadikan manusia takut untuk melakukan maksiat terutama secara sembunyi. Ini kerana Allah maha mengetahui segalanya.
InsyaAllah dalam tulisan yang akan datang penulis akan cuba menyentuh semua aspek keesaan Allah s.w.t. agar pembaca boleh faham dengan menyeluruh makna tauhid. Dan harapannya pokok tauhid boleh mengakar dalam hati pembaca.
____________________________________________________________________
Bentuk-bentuk wazan: http://arabic.desert-sky.net/g_vforms.html
Comments
Post a Comment